Kiraan Zakat Simpanan

Untuk menunaikan Zakat Simpanan, baki simpanan akaun anda mesti melebihi kadar minma (Nisab) dalam anda memiliki kadar minima tersebut selama jangka masa setahun hijrah ataupun 355 hari (Haul).

PASTIKAN

Dapatkan kadar Nisab dengan melungsuri www.zakat.sg atau melihat akhbar Berita Harian dan Berita Minggu.
Lihat pada baki simpanan sepanjang setahun hijrah, atau lebih kurang 355 hari (1 Haul). Jika baki tahun lalu tidak jatuh bawah kadar Nisab, maka anda wajib berzakat.

UNTUK SATU AKAUN SIMPANAN

Lihat hanya pada baki simpanan anda sepanjang tahun. Ia tidak kira sama ada wang anda bertambah atau berkurang, kerana Zakat Simpanan bersandarkan baki simpanan.
Zakat Simpanan anda ialah: baki terendah ($) x 2.5%

UNTUK AKAUN SIMPANAN LEBIH DARIPADA SATU

Campurkan baki terendah bagi setiap bulan bagi setiap akaun yang anda ada untuk mendapatkan jumlah keseluruhan baki untuk setiap bulan.
Zakat Simpanan anda ialah: baki terendah ($) x 2.5%

Contoh kiraan Zakat untuk akaun simpanan lebih daripada satu

Contoh di atas menunjukkan baki simpanan terendah untuk beberapa bulan pada tahun 2014 untuk semua akaun yang dimiliki (A hingga D).

Baki terendah dalam haul tahun (2014) ialah $34,090.

Zakat Simpanan untuk tempoh Haul ialah: $34,090 × 0.025 = $852.25

Hubungi Kami + 65 6359 1199

Untuk e-mel dan janji temu

Hubungi Kami +65 6359 1199

Untuk e-mel dan janji temu