APA ITU ZAKAT?
Pengertian Zakat dalam bahasa Arab ialah tumbuh, bertambah, subur, bersih dan penuh keberkatan.
Zakat ialah rukun Islam ketiga dan merupakan pembahagian harta yang ditentukan oleh Allah S.W.T. untuk diagihkan kepada 8 kategori (asnaf) yang berhak menerimanya. Ianya merupakan ibadah dari segi harta.
Sebagai lambang keadilan sosial Islam, Zakat menyucikan jiwa, membersihkan dan menambahkan harta anda serta menjauhkan kemiskinan.
Quran

Hadith

SYARAT-SYARAT ZAKAT HARTA

MUSLIM
Wajib atas setiap umat Islam

NISAB
Memiliki jumlah minima

HAUL
Memiliki jumlah minima 1 tahun hijri

OWNERSHIP
Hak milik penuh / sempurna harta
ZAKAT vs SADAQAH
Zakat adalah wajib
manakala Sadaqah adalah digalakkan (sunnah).
Zakat mempunyai kadar tertentu iaitu 2.5% daripada jumlah harta dan jumlah harta minima (Nisab)
manakala Sadaqah tiada kadar tertentu dan jumlah harta minima.
Zakat mempunyai masa tertentu untuk dikeluarkan (Haul)
manakala Sadaqah tiada masa khas untuk dikeluarkan.
Zakat mempunyai penerima yang tertentu (Asnaf)
manakala Sadaqah tiada penerima yang tertentu.
HIKMAH ZAKAT
UNTUK DIRI

HIKMAH ZAKAT

Menyuci dan mengembangkan harta

Melahirkan rasa bersyukur dengan pemberian Allah

Membawa rasa keamanan dan kesejahteraan

Membentuk masyarakat yang lebih adil dan saksama

Melahirkan rahmah dan mengurangkan perasaan iri hati di antara satu sama lain

UNTUK MASYARAKAT
Selain manfaat untuk diri, Zakat juga meningkatkan keadaan masyarakat. Zakat bertujuan membentuk masyarakat yang lebih saksama dan menegakkan keadilan sosial. Ia juga mengurangkan ketaksuban pada harta, kebendaan dan dunia yang sememangnya adalah berlebihan.
Sebagai perintah daripada Allah s.w.t, Zakat juga merupakan amalan untuk melahirkan rasa cinta, ketaatan dan kepatuhan kepadaNya. Dengan menunaikan Zakat, seseorang itu melahirkan kesyukuran dan kebahagiaan atas limpahan rahmatNya. Ini membawa kedamaian dan kesejahteraan pada dirinya.
Institusi Zakat merupakan institusi yang bertujuan mengatasi jurang perbezaan pendapatan dan ketidakadilan sosial dalam masyarakat. Oleh itu, Zakat membawa masyarakat lebih dekat kepada kesaksamaan dalam harta dan membantu mereka yang terjerumus dalam lingkungan kesusahan.

Hubungi Kami + 65 6359 1199
Untuk pertanyaan dan janji temu
Hubungi Kami +65 6359 1199
Untuk pertanyaan dan janji temu