8 ASNAF ZAKAT
Berbeza dengan sedekah biasa atau Sadaqah, golongan yang berhak menerima Zakat dinyatakan di dalam Al-Quran Surah At-Taubah Ayat 60:
Sesungguhnya Zakat adalah untuk orang fakir, miskin, para amil, orang yang dijinakkan hatinya (saudara baru dalam Islam), membebaskan hamba, orang yang berhutang, orang yang berjuang pada jalan Allah dan orang yang berkeputusan; (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

1. FAKIR
Seseorang yang tidak mempunyai harta atau mata pencarian; hidup sengsara, tidak mempunyai apa-apa untuk menampung keperluan harian.
2. MISKIN
Seseorang yang tidak mempunyai mata pencarian yang mencukupi untuk menampung keperluan asas harian. Agihan Zakat termasuk bantuan kewangan bulanan, program latihan dan bantuan tambahan pada bulan Ramadan dan akhir tahun.
3. FISABILILLAH
Seseorang yang berjuang kerana Allah demi kebaikan masyarakat. Agihan kepada Fisabilillah termasuk program agama, kepimpinan dan pengurusan masjid, pembangunan dan bantuan madrasah, pembangunan dan pendampingan belia, dakwah dan pendidikan Islam.
4. GHARIMIN
Seseorang yang terpaksa berhutang untuk menampung keperluan asasnya. Agihan melalui Gharimin termasuk bantuan untuk keperluan asas yang tertunggak seperti bil air / elektrik / gas dan kos perkhidmatan dan penyenggaraan.
5. RIQAB
Seseorang yang mahu membebaskan dirinya daripada perhambaan. Di Singapura, kategori ini dibelanjakan untuk anak-anak penerima Zakat yang memerlukan bantuan bagi meneruskan pendidikan. Agihan melalui Riqab termasuk geran pelajaran untuk keluarga susah.
6. MUALLAF
Seseorang yang baru memeluk agama Islam. Agihan kepada Muallaf termasuk geran kepada Darul Arqam untuk menguruskan hal ehwal kebajikan saudara baru yang memeluk agama Islam.
7. AMIL
Seseorang yang dilantik untuk memungut Zakat dan perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan Zakat. Agihan kepada Amil termasuk kos pentadbiran dan latihan.
8. IBNUSSABIL
Musafir yang terkandas dalam perjalanan. Agihan kepada Ibnussabil termasuk bantuan kewangan, bantuan makanan, tiket kapal terbang pulang ke negara asal.
Hubungi Kami + 65 6359 1199
Untuk pertanyaan dan janji temu
Hubungi Kami +65 6359 1199
Untuk pertanyaan dan janji temu