cara kiraan zakat emas
Emas Bungkal dan Emas Perhiasan Yang Tidak Niat Dipakai, dan Emas Perhiasan Yang Niat Dipakai
Emas Bungkal dan Emas Perhiasan Yang Tidak Niat Dipakai
Emas yang bebentuk bungkal yang disimpan / dilaburkan di bank dan emas perhiasan yang disimpan tanpa niat untuk dipakai diwajibkan Zakat apabila berat emas mencapai kadar haul dan nisab iaitu 86 gram. Zakat dikira atas 2.5% dari jumlah berat emas dari emas bungkal / emas perhiasan.
Emas Perhiasan Yang Niat Dipakai
Emas perhiasan yang niat dipakai diwajibkan Zakat apabila berat sebentuk emas perhiasan mencapai kadar haul dan uruf iaitu 860 gram. Zakat dikira atas 2.5% dari jumlah berat emas dari sebentuk emas perhiasan tersebut.
GOLD NOT INTENDED FOR USAGE
Find the value of gold owned: Current rate of gold (per grams) x Weight of gold owned in grams
The Zakat to be paid is: Zakat = Value of gold owned × 0.025 (if TOTAL weight/value of gold owned is above Nisab)
GOLD INTENDED FOR USAGE
Find the value of EACH piece of gold: Current rate of gold (per gram) x Weight of gold owned
The Zakat to be paid is: Zakat = Value of gold jewelry owned × 0.025 (if the value of each piece of gold jewelry is above the uruf of 860 grams
Contoh Kiraan bagi Emas Tidak Niat Dipakai
Nisab: 86 grams (tidak berubah)
Tarikh hari ini: 1 Apr 2013
Kadar nisab pada 1 Apr 2013: $5,677 (harga pasaran 86 gram emas)
Kadar nilai emas kini:
$5,677 / 86 = $66 per gram
Contoh: Berat emas perhiasan saya yang tidak niat dipakai: 90 gram (mencapai nisab)
Zakat Emas (tidak niat dipakai)
= berat emas perhiasan saya x kadar nilai emas kini x 2.5%
= 90 gram x $66 bagi setiap gram x 2.5%
= $148.50
Contoh Kiraan bagi Emas Niat Dipakai
Uruf: 860 grams (tidak berubah)
Tarikh hari ini: 1 Apr 2013
Kadar nisab pada 1 Apr 2013: $5,677 (harga pasaran 86 gram emas)
Kadar nilai emas kini: $5,677 / 86 = $66 bagi setiap gram
Contoh: Berat sebentuk emas perhiasan saya yang niat dipakai: 950 gram (mencapai uruf)
Zakat Emas (niat dipakai)
= berat emas perhiasan saya x kadar nilai emas kini x 2.5%
= 950 gram x $66 per gram x 2.5%
= $1,567.50
Types of Zakat Harta
Hubungi Kami + 65 6359 1199
Untuk pertanyaan dan janji temu
Hubungi Kami +65 6359 1199
Untuk pertanyaan dan janji temu