Pembayaran Online untuk Kaffarah

Kaffarah adalah denda yang dikenakan sebagai menebus perbuatan melanggar larangan
Allah s.w.t. atau janji dengan sengaja. Ia bertujuan menyucikan diri daripada kesalahan
yang dilakukan.

Terdapat dua jenis Kaffarah

KAFFARAH FOR FASTING

Kaffarah Jimak

  • Apabila seseorang dengan sengaja membatalkan puasanya tanpa alasan yang wajar dalam bulan Ramadan
  • Untuk menebus kesalahan kerana sengaja membatalkan puasanya, beliau perlu berpuasa selama 60 hari berturut-turut.
  • Sekiranya beliau tidak mampu berpuasa, beliau harus memberi makanan kepada 60 orang yang memerlukan.

KAFFARAH FOR OATHS

Kaffarah Nazar

  • Dalam situasi-situasi di mana seseorang itu tidak menepati janji atau melanggar syarat perjanjian.
  • Untuk menebus kesalahannya, seseorang itu perlu memberi makanan atau pakaian kepada 10 orang yang tidak berkemampuan.
  • Jika seseorang itu tidak mampu memberi makanan atau pakaian kepada golongan miskin, beliau perlu berpuasa selama tiga hari berturut-turut.

Memohon Ampun & Bertaubat

Selain melaksanakan Kaffarah, seseorang itu hendaklah dengan bersungguh-sungguh bertaubat dan memohon ampun dari Allah s.w.t. atas kesalahan yang dilakukannya. Laksanakan solat dengan ikhlas dan tanamkan niat yang jitu untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan.